PETALING JAYA: Madrasah bukan tempat untuk menyebarkan militan, dakwa abang kepada seorang anggota militan yang terbunuh. Zainon Ariffin, 53, memberitahu The Star bahawa ucapannya yang disampaikan di Madrasah Nurul Hidayah telah disiarkan oleh akhbar the New York Times menerusi video bertajuk "The Jihadist in Our Family" (Mujahid dalam Keluarga) pada 14 Januari lalu, Januari lalu telah disunting untuk menjadikannya kelihatan dia menyokong aktiviti militan yang dilakukan adik lelakinya, Lotfi Ariffin. Lotfi terbunuh di Syria ketika sedang bertempur bagi kumpulan militan Negara Islam Iraq dan Syria (Isis). "Islam melarang keganasan, jadi tiada sebab saya bercakap tentang keganasan di madrasah," kata Zainon. Dia memperjelaskan bahawa Madrasah Nurul Hidayah, sekolah yang diasaskan bersama Lotfi, merupakan tempat mengajar tentang Islam. Di dalam klip video itu, seorang pelajar lelaki di madrasah itu dilihat mengatakan bahawa dia mahu mati sebagai syahid, di mana Zainon berkata perkara itu telah ditafsirkan. "Bila dia kata dia mahu mati syahid, ramai yang serta-merta mengandaikan dia bermaksud akan pergi ke Syria dan bertempur, tetapi bukan itu yang berlaku," jelasnya. Tambahnya, pandangan atau tindakan individu yang mengaitkan madrasah tidak bermakna madrasah adalah salah. "Jika ia adalah individu yang melakukan perkara itu (militan), fokusnya adalah secara individu, bukan keluarga atau madrasah. Zainon berkatam klip video tersebut turut memberi imej buruk terhadap Malaysia. "Ia melihat seolah-olah Malaysia telah melahirkan militan dan saya tidak mahu negara saya ditunjukkan seperti itu," katanya. Beliau kesal hakikatnya klip video itu meraih perhatian yang tidak sewajarnya buat Madrasah Nurul Hidayah dan madrasah lain. "Islam tidak membenarkan militan dan keganasan, jadi bagaimana boleh madrasah, yang bertujuan untuk mengajar islam, menggalakkan aktiviti militan dan keganasan?" katanya.