suria

Pelancong China Tetap Perlu Pohon Visa Atas Sebab Keselamatan

Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi
PUTRAJAYA: Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata buat masa ini belum ada sebarang cadangan atau perbincangan untuk memberikan visa percuma kepada pelancong dari negara lain kecuali China.

Mengulas perkara itu, Ahmad Zahid berkata pelancong dari negara Tembok Besar itu yang berhasrat datang ke Malaysia tetap perlu memohon visa.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dalam Perutusan Khas berkenaan perkembangan ekonomi semasa dan kedudukan kewangan negara pada Selasa, berkata pemberian visa secara percuma kepada pelancong antaranya dari China bertujuan memastikan pertumbuhan ekonomi yang seimbang, inklusif dan mampan.

"Visa tetap perlu dipohon. Tetapi yang dikecualikan (percuma) adalah bayaran sebanyak 80 Yuan Renminbi yang dikenakan ketika ini.," katanya.

Katanya kabinet memutuskan bahawa pengumuman rasmi mengenai pelaksanaan pemberian visa percuma itu akan dibuat selepas semua peraturan dan syarat-syarat diperhalusi oleh Jabatan Imigresen Malaysia.

"Selepas itu kita akan umum secara rasmi di Kedutaan Malaysia di China dan semua Konsulat Jeneral Malaysia di China," katanya.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain