"Terdapat dua kesilapan dalam pelaksanaan hukum ini.
"Ada yang berkata hukum hudud PAS tidak akan memberi kesan kepada bukan Islam tetapi kebenarannya semua akan terjejas sebaik sahaja ia diwartakan sebagai undang-undang," kata ketuanya, Chong Sin Woon kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat jawatankuasa Pemuda MCA Pusat di Wisma MCA di sini, Khamis.
"Salah anggapan kedua adalah persepsi bahawa ia hanya akan dilaksanakan di Kelantan. Sebaik sahaja Kelantan diberi lampu hijau untuk melaksanakan undang-undang itu, negeri lain akan mengikutinya," kata Sin Woon.
Pada tahun lalu, kerajaan Kelantan menangguhkan persidangan khas Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan pada 29 Disember lalu bagi membentangkan pindaan terhadap Kanun Jenayah Syariah II 1993 atau dikenali sebagai hukum hudud berikutan banjir teruk yang melanda negeri itu.