Mayat Wan Othaman Wan Hussin, 71, dari Kampung Wakaf Mek Zainab ditemui dalam keadaan tertiarap dengan memakai jaket berwarna hitam dan berkain pelekat oleh orang awam kira-kira pukul 12 tengah hari.
Anak sulung mangsa Wan Abdul Kamarulzaman, 42, berkata dia hanya mengetahui mengenai kejadian berkenaan selepas menerima panggilan daripada jirannya.
"Biasanya pada waktu pagi ayah akan keluar minum di kedai kopi berhampiran kampung ini. Jadi, saya cuba mencarinya ditempat biasa dikunjungi tetapi tidak jumpa," katanya kepada pemberita ketika ditemui di sini, Khamis.
"Bagaimanapun, ayah dibenarkan pulang pada tengah malam tadi selepas rawatan dan suhu badannya kembali normal," katanya.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kota Baharu ACP Rohaimi Md Isa ketika dihubungi mengesahkan kejadian tersebut dan memaklumkan mayat mangsa telah dibawa HRPZII untuk bedah siasat.