Beliau berkata DAP membuat 'kesilapan' dengan mempertimbangkan aspek penduduk bandar sebagai matlamat utama untuk mereka menang dalam pilihan raya dalam tempoh yang singkat.
"Kita tidak boleh mempertimbangkan kemenangan politik dan penguasaan ekonomi satu pihak sahaja dalam sebuah negeri yang mempunyai masyarakat berbilang kaum
"Kita tidak seharusnya mencadangkan sesuatu yang akan hanya menyebabkan ketidakstabilan, dan meluaskan lagi jurang antara penduduk bandar dan desa.
"Lebih buruk lagi, ketegangan sedemikian boleh mengakibatkan berulangnya tragedi 13 Mei, yang kekal sebagai peristiwa hitam dalam sejarah negara kita," kata Hadi dalam satu kenyataan pada Jumaat.
PAS sebelum ini sangat vokal dan menentang pilihan raya pihak berkuasa tempatan dengan menegaskan perkara tersebut tidak terdapat dalam polisi bersama pakatan pembangkang.
Mustafa melabelkan DAP sebagai sebuah parti yang 'angkuh' kerana menuduh PAS melaksanakan hudud yang bertentangan dengan polisi bersama Pakatan Rakyat.
Namun beliau dilaporkan berkata DAP sendiri melanggar prinsip bersama Pakatan Rakyat dengan pelaksanaan pilihan raya pihak berkuasa tempatan.
Pilihan raya pihak berkuasa tempatan pernah diadakan di Malaysia namun ia telah dimansuhkan pada 1976 di bawah Akta Kerajaan Tempatan, dan sejak itu jawatan pemimpin pihak berkuasa tempatan ditentukan oleh parti yang memerintah sesebuah negeri.