Menurut kenyataan Kementerian Luar, pertemuan itu bagi membincangkan perkara berkaitan hubungan dua hala serta perkembangan isu-isu serantau dan antarabangsa.
Perdana Menteri yang akan mengadakan lawatan kerja dua hari bermula Ahad turut dijadual merasmikan Razak Science Centre (RSC) di Malvern College, Worcestershire, menurutnya.
"Penamaan RSC adalah sebagai penghargaan kepada Perdana Menteri kedua Tun Abdul Razak Hussein. Selain itu, Perdana Menteri sendiri merupakan alumni kepada Malvern College," kata kenyataan itu.
Perdana Menteri akan diiringi isterinya Datin Seri Rosmah Mansor dan beberapa pegawai kanan kerajaan pada lawatan itu.