SUBANG JAYA: Proton Holdings Bhd telah menandatangani memorandum persefahaman (MoU) dengan sebuah syarikat pengeluar dan pembuat kereta nasional Indonesia. MoU berkenaan ditandatangani oleh Proton dengan PT Adiperkasa Citra Lestari dalam satu majlis di Pusat Kecemerlangan Proton di sini pada Jumaat. Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hadir bagi menyaksikan berkenaan bersama-sama dengan Pengerusi Proton, Tun Dr Mahathir Mohamad serta Presiden Indonesia, Joko Widodo. MoU tersebut ditandatangani oleh Ketua Pegawai Eksekutif Proton Holdings Bhd, Datuk Abdul Harith Abdullah, ia turut disaksikan oleh Duta Malaysia ke Indonesia, Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim. Ketua Pegawai Eksekutif PT Adiperkasa Citra Lestari, Abdullah Mahmud Hendropriyono menandatangani MoU berkenaan bagi pihak Indonesia, ia turut disaksikan oleh Duta Indonesia ke Malaysia, Herman Praytino.