suria

Pelancong Taiwan Mati Lemas di Tasik Pulau Dayang Bunting

LANGKAWI: Seorang pelancong Taiwan dijumpai mati lemas di Tasik Pulau Dayang Bunting di sini, Jumaat.

Menurut Jabatan Bomba dan Penyelamat Langkawi, Pegawai Operasi jabatan itu, Mohamad Zabidi Che Teh berkata mayat lelaki itu  dikenal pasti Chiu Yan Lin, 20, ditemukan di dasar tasik sedalam 10 meter itu kira-kira 12 tengah hari oleh kumpulan penyelam jabatan itu selepas menerima laporan lelaki itu tenggelam di kawasan itu.

Mayat dihantar ke Hospital Langkawi untuk bedah siasat, katanya kepada pemberita di sini.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Langkawi Supt Harrith Kam Abdullah, dalam kenyataannya kepada media berkata siasatan polis setakat ini mendapati tiada sebarang unsur jenayah berlaku dalam kejadian itu.

Menurutnya pemuda itu dikatakan telah terjun ke dalam tasik itu tanpa memakai jaket keselamatan dan terus tenggelam.

Harrith berkata lelaki itu tiba di pulau peranginan ini semalam bersama-sama teman wanitanya, seorang warga Malaysia dari Pulau Pinang dan menginap di Pulau Cenang sebelum berlepas ke Tasik Pulau Dayang Bunting pagi ini.


Artikel Lain