Ketuanya, Khairy Jamaluddin berkata proses pasca banjir memerlukan kerjasama erat antara kerajaan pusat dan kerajaan negeri, dan sekiranya BN bertanding di kawasan DUN Chempaka, ia mungkin akan mengganggu proses kerjasama itu.
Khairy berkata demikian selepas menghadiri karnival 'Walk-A-Run' yang dianjurkan oleh Persatuan Murid-Murid Lama Kolej Tunku Kurshiah, yang dirasmikan isteri perdana menteri Datin Seri Rosmah Mansor, di Pusat Sukan Air, di sini, Ahad.
Pada Sabtu, Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kelantan, Datuk Seri Mustapa Mohamed juga berpendapat BN tidak perlu meletakkan calon di DUN Chempaka sebaliknya memberi fokus kepada soal perpaduan dan pembangunan pasca banjir.
Terdahulu, Presiden Persatuan Murid-Murid Tua Kolej Tunku Kurshiah Tan Sri Dr Rafiah Salim berkata kolej itu memerlukan RM500,000 bagi membaiki pulih padang itu bagi menjalankan aktiviti Hari Sukan.