Ketua Aktivis PPIM Datuk Nadzim Johan berkata pemantauan biasanya dilakukan terhadap peruncit, sedangkan para pengeluar dan pembekal juga memainkan peranan penting dalam menentukan harga barangan di pasaran.
Beliau berkata usaha untuk menurunkan harga barang di peringkat peruncit tidak akan berjaya jika pihak pengeluar masih mengenakan harga yang tinggi walaupun kos operasi berkurangan selepas penurunan harga minyak.
"Sebagai contoh, baru-baru ini harga gas LPG 14 kg daripada pembekal kepada peruncit ialah RM25.10, dalam tempoh beberapa hari, harga gas telah dinaikkan kepada RM25.50 sedangkan harga siling yang ditetapkan KPDNKK (Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan) masih RM26.60.
Sementara itu, Persatuan Pemborong dan Peruncit Muslim Malaysia (Mawar) juga turut meminta kerajaan memantau harga di peringkat pengeluar dan pembekal.