suria

Jalan Taiping Villa Terputus Akibat Tanah Runtuh

IPOH: Kejadian tanah runtuh di kawasan perumahan di Jalan Taiping Villa, Taman Taiping dekat sini, menyebabkan laluan utama sepanjang 100 meter itu terputus.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Taiping, Hasna Rashid berkata, kejadian kira-kira pukul 7.35 malam berlaku apabila bukit setinggi 15 meter runtuh dan pokok-pokok tumbang di atas jalan utama itu.

"Dua rumah sejauh enam meter dari bukit terbabit terjejas apabila runtuhan mengenai pagar rumah berkenaan manakala pencawang elektrik Tenaga Nasional Berhad (TNB) tertimbus," katanya ketika dihubungi Bernama, Rabu.

Beliau tidak menolak kemungkinan kejadian itu berpunca daripada hujan lebat sejak petang.

Hasna berkata, tiada mangsa terlibat dan ketika kejadian penghuni rumah berkenaan tiada di rumah.

Beliau berkata kerja mengalihkan pokok dan tanah runtuh sedang dijalankan oleh pihak kontraktor.

"Anggota bomba sedang membuat pemantauan di lokasi kejadian. Agensi terlibat adalah Jabatan Kerja Raya, polis, TNB dan Lembaga Air Perak," katanya.

Artikel Sebelum

Artikel Lain