suria

Tukang Sapu Rayu Rumah PPRT

KUALA TERENGGANU: Seorang tukang sapu yang tinggal dalam rumah kecil dan usang bersama-sama suami yang sakit serta empat orang anak, menantu dan empat cucu merayu rumah di bawah Program Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT).

Noraini Rani berkata dia pernah memohon untuk mendapatkan sebuah rumah PPRT sejak 2012 namun sehingga sekarang masih tidak berjaya.

"Saya berharap sangat agar kami diberi sebuah rumah PPRT," katanya dan menurutnya rumah usang yang diduduki mereka kini terletak di atas tanah orang lain.

Katanya suaminya Ariffin Mohd Zain, 52, menghidap penyakit kronik kini uzur dan sukar bergerak.

Noraini, 50, yang berkerja sebagai tukang sapu di sebuah jabatan kerajaan di sini berkata demikian kepada pemberita ketika ditemui pada program gotong-royong mengalihkan rumahnya ke tanahnya sendiri kira-kira 50 meter dari tapak asal di Kampung Baharu Tetambah di sini, Jumaat.

Menteri Besar Terengganu Datuk Ahmad Razif Abdul Rahman turut serta dalam program itu membabitkan kira-kira 100 anggota Rela dan penduduk kampung itu.

PPRT, Rumah

Artikel Lain