Beliau akan dikeluarkan dari Balai Polis Dang Wangi pada pukul 7 malam, selepas majistret Muzlina Mohamad Jamil menolak permohonan polis untuk menahan reman beliau selama empat hari.
Ketua Pemuda PSM K.S. Bawani, yang merupakan salah seorang peguam yang mewakili Arutchelvan mengesahkan pembebasan ketika dihubungi.
"Arul akan dibebaskan pada pukul 7 malam," katanya.
"Kes ini masih berterusan.
"Beliau akan dipanggil ke balai polis yang ditetapkan dari semasa ke semasa mengikut keadaan dengan jaminan polis," katanya ketika dihubungi, Jumaat.
Polis menahan Arutchelvan di rumahnya di Kajang pada petang Khamis dan merampas komputer, modem, dan telefon bimbitnya.
Beliau dilaporkan telah membuat posting Facebook mengutuk sistem kehakiman berikutan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim yang disabitkan dengan kesalahan liwat pada 10 Februari.
Arutchelvan juga didakwa telah mengkritik Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar kerana menahan kartunis politik Zunar atas kenyataan terhadap penghakiman Mahkamah Persekutuan.
Terdahulu, penyokong berkumpul di luar balai polis untuk memprotes penangkapan Arutchelvan.
Beliau diwakili oleh peguam Datuk Ambiga Sreenevasan, Latheefa Koya, Amer Hamzah, New Sin Yew, dan Bawani.