Wan Mawardi Wan Mohamad, 31, berkata beliau menemukan bom berkenaan ketika sedang melakukan kerja pembersihan di kawasan belakang kedainya pada kira-kira 10 pagi.
"Ketika sedang melakukan kerja-kerja pembersihan di belakang kedai, saya menemukan satu objek yang berada dalam keadaan tertanam.
"Pada mulanya saya ingatkan objek itu adalah ekzos motosikal, saya kemudiannya mengangkat objek tersebut dan mendapati ia adalah sebutir bom," katanya kepada pemberita di sini, Isnin.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Pasir Mas ACP Halilludin Rahim ketika dihubungi berkata bom tersebut diserahkan kepada Unit Pemusnah Bom Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kelantan untuk tindakan lanjut.