Ketua Polis Daerah, Deputi Superintenden Muhd Nur Hishamuddin Hashim berkata, semua remaja lelaki terbabit ada kaitan dengan kes murid Tahun Dua itu.
Kes tersebut disiasat dibawah Seksyen 354 Kanun Keseksaan kerana menggunakan kekerasan jenayah dengan niat hendak mencabul kehormatan.
The Star pada Isnin melaporkan seorang kanak-kanak berusia lapan tahun sentiasa dibuli oleh anak jirannya dan salah seorang daripada mereka didakwa memukul bahagian pinggulnya dengan penyangkut baju pada awal bulan ini.
Kanak-kanak perempuan itu memberitahu ibu bapanya bahawa remaja tersebut menarik seluar sebelum mencabulnya ketika dia bersendirian di rumah.
Pengarah Pusat Perkhidmatan Barisan Nasional (Pembela) Melaka, Amir Hamzah berkata, mangsa tersebut yang masih trauma mengasingkan dirinya daripada keluarga dan tidak hadir ke sekolah sejak insiden tersebut.