Ketua Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Guar Chempedak, Safuwan Md Saad berkata pemandunya yang dikenali sebagai Iswandi Adzmi, 33, tersepit di bahagian pemandu dengan kepala lori sedang terbakar.
"Kita sempat memadamkan api di bahagian kepala lori sebelum mengeluarkan mangsa," katanya kepada Bernama.
Beliau berkata mangsa melecur kira-kira 33 peratus pada bahagian kaki, tangan dan badan dan dihantar ke Hospital Sultan Abdul Halim, Sungai Petani untuk rawatan lanjut.
Seramai 14 anggota bersama dua buah jentera serta Unit Perkhidmatan Respons Perubatan Kecemasan (EMRS) digegaskan ke tempat kejadian, katanya.