suria

Tiga Maut, Seorang Cedera Parah Kemalangan Di NKVE

Keadaan salah sebuah kereta yang remuk teruk selepas terbabit dalam kemalangan di Km14.4 NKVE di Subang menghala ke Damansara, pagi Khamis. Foto twitter @bombaJBPM

KUALA LUMPUR: Tiga maut manakala seorang cedera parah dalam kemalangan membabitkan sebuah lori sampah 10 tan dengan empat kereta di Km14.4 Lebuhraya Baru Lembah Klang (NKVE) di Subang menghala ke Damansara, pagi Khamis.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor, Mohd Sani Harul berkata, pihaknya menerima panggilan berkenaan kemalangan itu pada pukul 6.50 pagi.

Laporan awal kejadian mendapati seorang lelaki dan dua wanita dipercayai warga tempatan disahkan meninggal dunia oleh pihak ambulans manakala tiga lagi selamat, katanya.

Beliau berkata, seramai sembilan pegawai dan anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Damansara dan Subang Jaya dihantar ke tempat kejadian.

Artikel Sebelum

Artikel Lain