suria

Pindaan Akta Hasutan Benarkan Kerajaan Dikritik

KUALA LUMPUR: Pindaan terhadap Akta Hasutan 1948 memberi ruang kepada mana-mana pihak untuk mengkrtik kerajaan dan sistem kehakiman negara.

Berdasarkan Seksyen 3 subfasal (a) (i), rang undang-undang itu mencadangkan supaya digugurkan perkataan ‘kerajaan’ daripada akta asal berhubung kesalahan menghasut.

"Perbuatan mana-mana orang mengembangkan kebencian, penghinaan atau membangkitkan ketidakpuasan hati terhadap kerajaan tidak lagi menjadi kesalahan di bawah Akta Hasutan.

"Pindaan ini adalah selaras dengan hasrat kerajaan untuk menjadi lebih terbuka dan dengan itu membolehkan orang awam bebas untuk memberikan maklum balas atau kritikan terhadap kerajaan agar dapat mewujudkan suatu pentadbiran yang telus dan bertanggungjawab," demikian menurut kandungan akta itu.

Sebelum ini, Akta Hasutan 1948  atau Akta 15 menjelaskan bahawa kecenderungan menghasut merangkumi tindakan mendatangkan kebencian, penghinaan atau bagi membangkitkan perasaan tidak setia terhadap mana-mana raja atau kerajaan.

Selain itu menurut Seksyen 3 subfasal (a) (iii), dicadangkan supaya digugurkan perenggan 3(1)(c) berhubung penghinaan terhadap pentadbiran keadilan.

"Dengan pemotongan perenggan ini, apa-apa perbuatan mengembangkan kebencian, penghinaan atau membangkitkan ketidakpuasan hati terhadap pentadbiran keadilan di Malaysia tidak lagi dianggap sebagai perbuatan menghasut.

"Oleh itu perbuatan berkenaan tidak akan ditangani sebagai suatu kesalahan di bawah Akta 15,” katanya.

Akta Hasutan

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain