suria

Dipenjara Dua Minggu Kerana Curi Coklat

KUALA LUMPUR: Seorang penganggur dihukum penjara dua minggu oleh Mahkamah Majistret di sini selepas mengaku mencuri 47 keping coklat di sebuah pasar raya.

Majistret Ashraf Rezal Abdul Manan memerintahkan Lim Kok Beng @ Sudirman Lim Abdullah, 53, menjalani hukuman itu mulai tarikh dia ditangkap, 10 April lepas.

Sudirman didakwa mencuri 47 keping coklat Kit Kat bernilai RM149.46 di Pasaraya KK Supermart  and  Superstore, Jalan Sultan, Dang Wangi, di sini pada pukul 10.10 malam, 10 April lepas mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga 10 tahun dan denda.

Ketika rayuan, Sudirman yang tidak diwakili peguam berkata dia telah menyesal dan berjanji tidak akan mengulangi perbuatan itu.

Timbalan Pendakwa Raya, Noor Jazilah Mohd Yushaa memohon mahkamah mengenakan hukuman berbentuk pencegahan kerana tertuduh memiliki lapan rekod kesalahan lampau termasuk tiga kesalahan mencuri. -- Bernama

Artikel Lain