suria

Murid Tahun Satu Maut Dipercayai Akibat HFMD

Tanda-tanda jangkitan HFMD.
JOHOR BARU: Seorang murid Tahun Satu dari SJK (C) Chien Chi di Plentong di sini meninggal dunia dipercayai akibat jangkitan kaki, tangan dan mulut ( HFMD).

Difahamkan kanak-kanak perempuan itu dihantar ke Hospital Sultan Ismail di sini pada Jumaat tetapi meninggal dunia keesokan harinya.

Kakaknya yang juga murid Tahun Lima di sekolah sama dikatakan turut dijangkiti wabak tersebut tetapi maklumat tersebut masih belum disahkan.

Ketua Kampung Baru Plentong, Chan San San berkata kakitangan Jabatan Kesihatan melakukan pemeriksaan terhadap kira-kira 2,300 pelajar di sekolah tersebut pada Isnin.

Katanya, Skuad Bantuan Krisis MCA (CRSM) Johor dan sebuah badan bukan kerajaan (NGO) akan menghantar sukarelawan ke sekolah tersebut untuk menjalankan kerja pembersihan pada pukul 2 petang Isnin.
maut, HFMD

Artikel Lain