Dr Mahathir, dalam satu temubual dengan portal berita Perak Today berkata Najib memberitahu beliau bahawa terdapat satu perjanjian diantara Malaysia dan Singapura berhubung Tambak Johor.
Katanya, Malaysia tidak boleh meneruskan projek di Tambak Johor sekiranya Singapura tidak bersetuju.
"Saya kata tunjukkan saya perjanjian itu. (Namun) tiada perjanjian seperti itu," kata Dr Mahathir.
Menurut Mahathir, Najib hanya bercakap dengan beliau semula apabila "Adnan Pahang" campur tangan, merujuk kepada Menteri Besar Pahang Datuk Seri Adnan Yaakob.
Dalam satu temubual bersama TV3 minggu lalu, Najib berkata serangan Dr Mahathir terhadap beliau mungkin disebabkan perbezaan pendapat mereka mengenai jambatan bengkok dan pemberian Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M).