suria

Wanita Tunjuk Payu Dara Selepas Berbalah Isu Bayar Nasi Ayam

KUALA LUMPUR: Seorang wanita tidak dikenali bertindak menanggalkan pakaiannya untuk mengelak daripada membayar makanan yang dimakannya berjumlah RM18 di Jalan Petaling pada Khamis.

Difahamkan, dalam kejadian itu, wanita terbabit telah ke sebuah restoran nasi ayam bersama seorang lelaki sekitar jam 3 petang, pada Khamis.

Seorang pemilik gerai berdekatan yang hanya mahu dikenali sebagai Wong berkata, wanita itu menghabiskan dua pinggan nasi ayam sebelum bertindak meninggalkan restoran tersebut tanpa membuat sebarang bayaran.

"Wanita itu menafikan mengenai makanan yang dimakannya selepas pengendali restoran cuba untuk menghentikannya.

"Bagaimanapun, rakaman video cctv menunjukkan bahawa dia telah makan disitu sebelum wanita berkenaan bertindak menanggalkan pakaiannya untuk mengelak daripada membayar," kata Wong, yang juga seorang pemilik kedai barang kemas bersebelahan restoran nasi ayam.

Satu rakaman video yang menunjukkan wanita tersebut menanggalkan pakaiannya dimuatnaik ke laman sosial, Youtube beberapa jam selepas insiden berlaku namun kemudiannya dipadam.

Saksi yang berada di tempat kejadian berkata, lelaki yang bersama wanita tersebut, dipercayai seorang 'mat saleh' bergelut dan berbalah dengan pengendali restoran apabila wanita tersebut tidak dibenarkan keluar.

Mereka berdua kemudiannya dilaporkan melarikan diri apabila anggota polis tiba di tempat kejadian.

Petaling Street, Bogel

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain