Selain itu, Menteri Komunikasi dan Multimedia itu berkata hasil perbincangan dengan semua pihak berkenaan haruslah bersifat 'menang-menang' yang memanfaatkan semua pihak sebelum dibawa ke mesyuarat Kabinet untuk tindakan selanjutnya.
"Kami akan cari jalan terbaik bagaimana mencari kaedah-kaedah dan pilihan yang sesuai, dan akhirnya menguntungkan rakyat dan negara.
"Dan, saya mahukan pihak telco (syarikat telekomunikasi) juga beri kerjasama serta memahami sentimen rakyat, kerana ini perkara yang tak boleh saya kompromi," katanya kepada pemberita di pusat media Kementerian Komunikasi dan Multimedia di sini, Sabtu.