Pada petang Sabtu, Koo Ham menyiarkan imej dari udara yang didakwa diambil di Kuala Lumpur pada Jumaat, menunjukkan ribuan penunjuk perasaan bantah GST berpakaian merah.
"Pandangan udara sebahagian daripada perhimpunan Hancur GST. Media BN berkata hanya 5,000 yang hadir. Anda percaya?," demikian komen yang disertakan bersama gambar yang ditunjukkan.
Pengguna media sosial, bagaimanapun, dengan segera menunjukkan bahawa gambar yang digunakannya telah pun disunting.
"Saya tidak pasti jika anda perasan dengan bentuk segi empat tepat yang sama dan berulang-ulang ini..." seorang pengguna Facebook membalas posting beliau.
"Sebagai Ahli Parlimen, Adun, peguam, pemimpin gereja & bapa saya terkejut anda tidak melakukan teknik zoom untuk memeriksa sebelum menggunakan foto ini? Kegagalan besar laa," kata @rawnatawil manakala @FaizalKasim berkata, "Wahhh, tahniah. Ia hampir separuh daripada penduduk dunia."
Beribu-ribu penunjuk perasaan berpakaian merah berkumpul di Dataran Merdeka pada Jumaat sebelum berarak ke KLCC untuk membantah pelaksanaan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST).