Menteri berkenaan Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz berkata ia meliputi pembiayaan projek menaik taraf 'bypath' Bukit Bendera sebanyak RM1 juta dan selebihnya untuk projek peningkatan kemudahan Sungai Tukun di Taman Negara Pulau Pinang.
"Kementerian Pelancongan memang sudi bekerjasama dengan kerajaan negeri untuk membangunkan produk pelancongan di Pulau Pinang ke satu tahap lebih tinggi.
"Pertumbuhan industri pelancongan negara kukuh dengan rekod pencapaian 27.4 juta ketibaan dan RM72 billion pendapatan tahun lepas.
Terdahulu Ketua Menteri Lim Guan Eng berkata projek fasa kedua itu antaranya meliputi pembinaan tiga lapis dek pemandangan serta lif, pengukuhan cerun dan ubah suai banglo kereta api Bukit Bendera.
Projek itu dimulakan pada 17 Mac tahun lepas dan siap sepenuhnya pada 30 April melibatkan perbelanjaan sebanyak RM9.05 juta.
Lim yang juga Pengerusi Perbadanan Bukit Bendera berkata pihaknya menjangka kedatangan 1.45 juta pelawat tahun ini dengan sejumlah 1.36 juta pengunjung direkodkan tahun lepas.