Jurucakap polis berkata mayat yang masih mempunyai uri itu ditemui seorang lelaki yang melalui kawasan berkenaan pada 12.45 tengah hari.
"Berdasarkan keadaan mayat, bayi berkenaan dipercayai baru dilahirkan dan mati sebelum ditinggalkan di hadapan bangunan yang agak sunyi itu. Jarak mayat itu ditemui kira-kira 100 meter dari masjid," katanya.
Beliau berkata mayat bayi itu telah dihantar ke Hospital Seberang Jaya.
Orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian itu diminta menghubungi pihak polis.