PETALING JAYA: Gosip di internet kini bukan sekadar gosip lagi tetapi yang lebih kelakarnya ialah, ia telah sampai ke tahap di mana kebarangkalian untuk orang ramai mempercayainya adalah semakin tinggi.
Yang peliknya, para pelayar internet dan media sosial lebih cenderung untuk mempercayainya sebagai sesuatu yang benar walaupun pada kebanyakan masa, khabar angin itu bukan sahaja tidak masuk akal malah secara terang-terangan menunjukkan yang ia adalah satu pembohongan yang nyata.
Terbaru adalah mengenai rombakan kabinet. Disebarkan cerita yang kononnya Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak telah membuat keputusan untuk menguggurkan tujuh menteri sedia ada dan melantik beberapa muka baru.
Sumber yang menyebarkan senarai berkenaan tidak diketahui, begitu juga kesahihan senarai kabinet yang disebut akan dibuat Jun ini.
Bagaimanapun sejak pagi, orang ramai mempercayainya sebagai sesuatu yang benar dan berduyun-duyun dalam media sosial bertanyakan kesahihan berita tersebut.
Hakikat bahawa ramai yang bertanyakan kesahihannya menunjukkan, mereka mahu mempercayainya. Sepatutnya, mereka mentertawakan senarai yang disebarkan itu bukan mencari kesahihan apatah lagi senarai barisan kabinet baru itu melibatkan beberapa nama yang boleh dianggap sebagai pencetus kontroversi.
Misalnya seorang timbalan ketua Umno Bahagian di Perak menghubungi mStar bertanyakan apakah rombakan kabinet itu benar. Malah beliau percaya salah seorang daripada rakannya dalam Umno akan dilantik sebagai senator bagi membolehkannya dilantik sebagai anggota kabinet. Tidakkah kelakar bunyinya itu?
Kalau ia sekali pun hendak buat seolah-olah cerita ini benar, biarlah ia kelihatan logik dan boleh diterima akal.
Ini kerana belum pernah lagi dalam sejarah rombakan kabinet, senarai yang 'dibocorkan' cukup lengkap dari menteri sehingga ke timbalan menteri di semua kementerian. Itu sahaja sudah memadai untuk menunjukkan bahawa ini semua adalah satu cerita rekaan. Malangnya sebahagian besar memilih untuk mempercayainya.
Menerusi senarai itu, kononnya beberapa muka baharu akan menjadi anggota Kabinet, antaranya di Jabatan Perdana Menteri (JPM) seperti Datuk Asyraf Wajdi Dasuki dan Pengerusi Tabung Haji, Datuk Seri Azeez Abdul Rahim yang kontroversinya berhubung pembelian tanah 1MDB masih belum reda lagi.
Selain itu, bekas Naib Canselor Universiti Utara Malaysia, Tan Sri Nordin Kardi turut disenaraikan sebagai Menteri Pengajian Tinggi - kementerian yang sebelum ini dibubarkan dan kini akan dikembalikan.
Ahli Parlimen Kuala Selangor, Datuk Irmohizam Ibrahim yang kini menerajui Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) dikatakan akan menggantikan Khairy Jamaluddin di Kementerian Belia dan Sukan manakala ketua Pemuda Umno Malaysia itu dikatakan beralih ke JPM.
Datuk Ahmad Maslan yang sebelum ini merupakan Timbalan Menteri Kewangan khabarnya akan dinaikkan pangkat untuk menerajui Kementerian Komunikasi dan Multimedia - satu pengiktirafan di atas keberkesanannya dalam menerangkan isu GST (lagi kelakar).
Lebih menarik, hebahan Kabinet bayangan itu juga menyebut Datuk Seri Anifah Aman memilih untuk direhatkan dan tempatnya diganti Datuk Ab Aziz Kaprawi.
Datuk Seri Hasan Malek akan turut digugurkan dan tempatnya akan diisi oleh Datuk Seri Mohd Shafie Apdal manakala Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek menggantikannya di Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah.
Penyebaran maklumat mengenai rombakan kabinet itu juga menyebut beberapa nama besar yang gugur dijangka ditempatkan di syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dan beberapa tempat strategik.
Datuk Seri Idris Jala disebut akan ditempatkan di 1MDB untuk mengukuhkan institusi itu. Datuk Seri Shahidan Kassim yang rapat dengan kerajaan Arab Saudi dilapor akan digugurkan sebagai menteri dan menerajui Tabung Haji.
Selain itu, Hasan pula akan menjadi CEO Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) yang baharu, manakala Datuk Seri Jamil Khir Baharom dikatakan akan ke Bank Rakyat dan Datuk Jailani Johari akan kembali ke Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM).
Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Tajuddin Abdul Rahman pula akan mengisi kekosongan sama ada sebagai Ketua Pengarah JASA atau Felda, manakala Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz khabarnya akan diutus ke Amerika Syarikat sebagai envoi khas untuk mengukuhkan pelaburan Felda Global Ventures (FGV) di peringkat antarabangsa.
Jika ikut laporan internet mengenai rombakan kabinet ini, menteri yang akan digugurkan ialah:
1) Hassan Malek
2) Idris Jala
3) Jamil Khir
4) Nazri Aziz
5) Anifah Aman
5) Jailani Johari
6) Tajuddin Rahman
7) Shahidan Kassim
Dan sila lihat senarai penuh Jemaah Menteri Kabinet Malaysia sebagaimana yang dikhabar anginkan itu:
Perdana Menteri
Dato' Sri Mohd. Najib Tun Haji Abdul Razak
Timbalan Perdana Menteri
Tan Sri Dato' Haji Muhyiddin Yassin
Menteri di Jabatan Perdana Menteri
Menteri:
Dato' Asyraf Wajidi Dasuki
Encik Khairy Jamaluddin Abu Bakar
Tan Sri Datuk Seri Panglima Joseph Kurup
Datuk Joseph Entulu Anak Belaun
Dato' Seri Idris Jusoh
Dato’ Mah Siew Keong
Senator Datuk Paul Low Seng Kuan
Puan Hajah Nancy Haji Shukri
Senator Dato' Sri Abdul Wahid Omar
Datuk Ir. Dr. Wee Ka Siong
Timbalan Menteri:
Dato' Azeez Rahim
Kementerian Kewangan
Menteri I: Dato' Sri Mohd. Najib Tun Haji Abdul Razak
Menteri II: Dato' Seri Ahmad Husni Mohamad Hanadzlah
Timbalan Menteri: Dato Johari Ghani
Timbalan Menteri: Datuk Chua Tee Yong
Kementerian Pendidikan
Menteri : Tan Sri Dato' Haji Muhyiddin Yassin
Timbalan Menteri: Datuk Yap Kain Ching @ Mary Yap Ken Jin
Kementerian Pengajian Tinggi
Menteri : Tan Sri Nordin Kardi
Timbalan Menteri : Dato' Razali Ibrahim
Timbalan Menteri: Tuan P. Kamalanathan A/l P. Panchanathan
Kementerian Dalam Negeri
Menteri: Dato' Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi
Timbalan Menteri: Datuk Dr. Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Kementerian Komunikasi dan Multimedia
Menteri: Datuk Haji Ahmad Haji Maslan
Timbalan Menteri: Dato' Poad Zakarshi
Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah
Menteri: Dato' Sri Ahmad Shabery Cheek
Timbalan Menteri: Datuk Alexander Nanta Linggi
Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri
Menteri: Dato' Sri Mustapa Mohamed
Timbalan Menteri: Senator Dato' Lee Chee Leong
Timbalan Menteri: Datuk Ir. Haji Hamim Samuri
Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air
Menteri: Datuk Seri Panglima Dr. Maximus Johnity Ongkili
Timbalan Menteri: Dato' Seri Mahdzir Khalid
Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar
Menteri: Datuk Seri Palanivel A/l K. Govindasamy
Timbalan Menteri: Dato’ Sri Dr. James Dawos Mamit
Kementerian Pengangkutan
Menteri: Dato’ Sri Liow Tiong Lai
Timbalan Menteri: Datuk Zahidi Zainul Abidin
Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan
Menteri: Datuk Abdul Rahman Dahlan
Timbalan Menteri: Dato Mas Ermiyanti
Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani
Menteri: Dato' Sri Ismail Sabri Yaakob
Timbalan Menteri: Khairul Azwan Harun (Wan Bro)
Kementerian Pertahanan
Menteri: Dato' Seri Hishammuddin Tun Hussein
Timbalan Menteri: Datuk Abd Rahim Bakri
Kementerian Kerja Raya
Menteri: Datuk Haji Fadillah Yusof
Timbalan Menteri: Datuk Rosnah Haji Abdul Rashid Shirlin
Kementerian Kesihatan
Menteri: Datuk Seri Dr. S. Subramaniam
Timbalan Menteri: Dato' Seri Dr. Hilmi Yahaya
Kementerian Belia dan Sukan
Menteri: Dato Irmohizam Ibrahim
Timbalan Menteri: Datuk Saravanan A/l Murugan
Kementerian Sumber Manusia
Menteri: Dato' Sri Richard Riot Anak Jaem
Timbalan Menteri: Dato' Sri Haji Ismail Haji Abd. Muttalib
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan
Menteri: Dato’ Seri Hj. Mohd Shafie Hj. Apdal
Timbalan Menteri: Senator Dato' Paduka Ahmad Bashah Md Hanipah
Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat
Menteri: Dato' Sri Hajah Rohani Haji Abdul Karim
Timbalan Menteri: Datuk Hajah Azizah Datuk Seri Panglima Mohd. Dun
Timbalan Menteri: Senator Datin Paduka Chew Mei Fun
Kementerian Luar Negeri
Menteri: Datuk Ab. Aziz Kaprawi
Timbalan Menteri: Dato' Hamzah Zainudin
Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan
Menteri: Datuk Bung Mokhtar Raden
Timbalan Menteri: Datuk Halimah Mohd Sadique
Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi
Menteri: Datuk Dr. Ewon Ebin
Timbalan Menteri: Datuk Dr. Abu Bakar Mohamad Diah
Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi
Menteri: Datuk Amar Douglas Uggah Embas
Timbalan Menteri: Dato' Noriah Kasnon
Kementerian Wilayah Persekutuan
Menteri: Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor
Timbalan Menteri: Senator Dato' Dr. Loga Bala
Kesimpulannya, seronok untuk dibaca, hendak percaya tak usahlah...