suria

Penculikan Di Sandakan: Belum Ada Panggilan Tuntut Wang Tebusan

Dua mangsa diculik di Restoran Makanan Laut Ocean King.

SANDAKAN: Polis dan ahli keluarga dua mangsa culik masih belum menerima panggilan telefon daripada penculik lebih 12 jam insiden tersebut berlaku.

Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Jalaluddin Abdul Rahman berkata tiada panggilan dibuat antara penculik dan polis mahupun keluarga mangsa.

"Kami masih cuba untuk mendapatkan lebih banyak petunjuk untuk mengetahui siapa penculik tersebut dan lokasi mangsa dilarikan," katanya.

Semua pasukan keselamatan dan aset sedia ada dihantar untuk memburu penculik tersebut.

Jalaluddin berkata mereka percaya seseorang dari restoran tersebut mungkin membantu kumpulan bersenjata tersebut dan membantu mereka mengenal pasti dua mangsa - Thien Nyuk Fun, 50 dan Bernard Then Ted Fen, 38.

"Mereka seolah-olah tahu siapa untuk diculik," katanya.

Difahamkan pasukan keselamatan Filipina telah dimaklumkan dengan insiden tersebut yang berlaku di Restoran Makanan Laut Ocean King di Sandakan kira-kira pukul 7.26 malam Khamis.
culik, Sandakan, wang tebusan

Artikel Lain