Beliau berkata penekanan RMK-11 terhadap produktiviti adalah penting seperti yang digariskan dalam laporan teras pertumbuhan ekonomi kejuruteraan semula untuk kemakmuran.
"Jika kita tidak meningkatkan produktiviti, ia tidak akan diterjemahkan kepada upah. Peningkatan produktiviti membolehkan gaji meningkat, dan kemudian kita boleh menarik bakat yang lebih baik, " katanya.
Beliau juga berkata bahawa pendidikan vokasional, satu bidang yang ditekankan oleh Perdana Menteri, adalah penting dalam pembangunan modal insan memandangkan industri utama telah berkembang dengan banyak cara.
"Kerajaan telah melakukan sesuatu yang betul."