suria

Polis Bawa Turun 9 Lagi Beg Dipercayai Mengandungi Cebisan Mayat

-foto AFP
WANG KELIAN: Sembilan lagi beg dipercayai mengandungi cebisan mayat mangsa sindiket pemerdagangan manusia dibawa turun daripada hutan Bukit Wang Burma di sini berhampiran sempadan Malaysia-Thailand.

Anggota forensik Polis membawa turun beg berkenaan dari bukit yang menempatkan kem transit sindiket pemerdagangan manusia, pada kira-kira 8.40 malam Khamis.

Kesemua beg itu kemudiannya dimasukkan dalam sebuah trak Polis sebelum dibawa ke satu tempat yang masih belum diketahui.

Media, menunggu sejak pukul 4 petang di kaki Bukit Wang Burma bagi mendapatkan maklumat terbaharu siasatan penemuan kubur di hutan berkenaan.

Pada Rabu, Bukit Aman dalam kenyataan mengesahkan dua mayat telah dibawa keluar dari kem tersebut pada tengah hari.

Isnin lepas, Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar mengumumkan penemuan 139 kubur di 28 kem sementara sindiket pemerdagangn manusia antara Kampung Wai di Kuala Perlis hingga Tangga 100 Felcra Lubuk Sireh, Padang Besar.

Artikel Lain

38 maut nahas pesawat di Kazakhstan