suria

Gempa Bumi Sabah: Pelajar Singapura Dibenar Keluar Hospital

KOTA KINABALU: Pesakit terakhir daripada 18 rakyat Singapura yang menerima rawatan di sebuah hospital swasta di sini akibat kecederaan serius dalam gempa bumi di Ranau pada Jumaaat, telah dibenar keluar. 

Ketua pegawai eksekutif Hospital Gleneagles Kota Kinabalu Jean-Francois Naa berkata pesakit berkenaan, pelajar lelaki Sekolah Rendah Tanjong Katong, mengalami kecederaan kepala, dada dan otot.

Katanya pelajar berusia 11 tahun itu berada dalam keadaan cukup stabil untuk dibenar keluar pada Isnin untuk pulang ke Singapura.

"Kumpulan pakar kami, yang diketuai pakar bedah neuro dan pakar anaestatis paediatrik telah berbincang dengan ibu bapa dan sanak saudara pesakit berkenaan tentang keadaan dan opsyen rawatan terbaik untuknya.

"Oleh kerana rawatan dijangka mengambil masa beberapa minggu, mereka membuat pilihan untuk meneruskan rawatan di Singapura. Ini akan memudahkan pihak keluarga memberi penjagaan dan sokongan," katanya tanpa menyatakan nama pesakit itu.

Naa berkata Hospital Gleneagles Kota Kinabalu juga berbincang tentang keadaan pesakit itu dengan KK Women's and Children’s Hospital Singapura dan kedua-dua pihak bersetuju agar dia pulang ke Singapura untuk mendapatkan penjagaan berterusan.

Pesakit itu adalah antara 29 pelajar dan lapan guru dari Singapura yang berada di Gunung Kinabalu ketika gempa bumi berukuran 5.9 pada skala Richter melanda Ranau pada pagi Jumaat.

Naa berkata sebelum ini, 17 pesakit dibenar keluar dari hospital itu untukpulang ke Singapura setelah keadaan mereka stabil.

"Harapan dan doa kami mengiringi mereka dan keluarga yang terjejas olehgempa bumi itu," katanya.

Artikel Lain