suria

Bahagian Selatan Gunung Kinabalu Rosak Teruk-Dr Jamili

KUNDASANG: Gempa bumi pada Jumaat lalu mengakibatkan bahagian selatan Gunung Kinabalu mengalami kerosakan teruk, kata Pengarah Taman-Taman Sabah Dr Jamili Nais. 

Beliau berkata menerusi pemerhatiannya ketika berada di ruang udara gunung tersebut pagi Isnin bersama pasukan penyelamat, bahagian selatan gunung itu mengalami runtuhan yang teruk.

"Sebelum membuat tinjauan itu kami merancang untuk mendarat di Laban Rata, sebelum memulakan pendakian ke kilometer 7 untuk melihat tahap kerosakan di situ. 
Namun kami tidak dapat mendarat ekoran kabus tebal dan angin kencang. 

"Oleh itu kami hanya dapat melakukan tinjauan dari udara dan menerusi tinjauan itu, saya melihat runtuhan batu seperti satu aliran sungai yangdi namakan 'River of Stone' yang bermula di antara puncak 'Donkey Ears dan puncak' Tunku Abdul Rahman'," katanya kepada pemberita, di sini. 

Jamili berkata, bahagian Barat dan Timur gunung tersebut turut mengalami kerosakan sedikit manakala di bahagian Utara gunung pula tidak dapat dikenalpasti ekoran kabus tebal meliputi gunung itu. 

Bagaimanapun Jamili berkata pasukannya akan cuba untuk mendarat di Laban Rata untuk membuat tinjaun lanjut tahap kerosakan itu pada Rabu ini. 

Setakat ini, 16 orang disahkan terkorban dan dua masih hilang dalam gempa pada 7.15 pagi hari tersebut - terkuat pernah di alami Malaysia setakat ini.

Genpa bumi, Gunung Kinabalu

Artikel Lain