suria

Tangan Tersepit Pada Mesin Pembuat Makanan

AMPANG: Seorang wanita melalui detik cemas apabila tangannya tersepit pada mesin membuat makanan sejuk beku di Taman Bukit Mulia, Bukit Antarabangsa di sini tengah hari Isnin.

Ketika kejadian mangsa, Syazni Akmal Ramli, 32, dikatakan sedang membuat makanan sejuk beku menggunakan mesin tersebut sebelum tangan kanannya tersepit.

Akibat tidak dapat ditarik keluar dari mesin berkenaan, mangsa kemudian mendapatkan bantuan pasukan Bomba dan Penyelamat Ampang.

Bomba yang tiba di lokasi kejadian berjaya mengeluarkan tangan mangsa tanpa mengalami kecederaan lebih serius.

Difahamkan mangsa telah dikejarkan ke Hospital Ampang untuk pemeriksaan lanjut terhadap tahap kecederaan.

*semua gambar ihsan Jabatan Bomba Dan Penyelamat Selangor.




Bukit Antarabangsa, Mesin

Artikel Berikut

Artikel Lain