suria

Orkim Harmony Selamat Tiba Di Pelabuhan Kuantan

MT Orkim Harmony
KUANTAN: Kapal Tangki MT Orkim Harmony yang membawa 21 anak kapal selamat tiba di Pelabuhan Kuantan pagi Sabtu.

Menurut jurucakap Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM), kapal berkenaan selamat berlabuh pada kira-kira pukul 7.50 pagi Sabtu di Dermaga Petronas, pelabuhan berkenaan.

Kapal yang membawa muatan 6,000 metrik tan petrol RON95 bernilai RM21 juta itu pada awalnya dijadualkan tiba pada pukul 2 pagi tadi, namun tiba lewat setelah mengalami kerosakan pada salah satu enjinnya.

Pada 11 Jun lepas, kapal berkenaan terputus komunikasi dengan pangkalan pada 8.57 malam di Timur Tanjung Sedili, Kota Tinggi di Johor.

Pada 18 Jun, kapal itu berjaya dikesan telah dirampas dan ditukar nama asalnya 'Orkim Harmony' kepada 'Kim Harmon'.

Artikel Berikut

Artikel Lain