suria

Abdul Rani Kulup Kongsi Resepi Ketam #Kipidap

BUKAN sahaja diiktiraf sebagai ‘Raja Report Malaysia’,  kerana gemar membuat laporan polis tentang pelbagai isu negara malah diangkat antara individu paling popular menerusi media sosial.

Semuanya gara-gara tagline #kipidap (keep it up) yang menjadi siulan ramai hinggakan beliau mempunyai peminatnya yang tersendiri.

Seperti semua maklum, Rani Kulup bukanlah calang-calang individu kerana beliau merupakan Presiden Pertubuhan Martabat Jalinan Muhibbah Malaysia (MJMM) yang juga seorang veteran tentera.

Namun, di satu sudut yang lain, tiada siapa menduga Rani Kulup pandai memasak.

Kali ini, mStar Online sediakan rakaman khas Raja Report Malaysia itu menyediakan masakan 'Ketam Kipidap' sempena hidangan untuk berbuka puasa bersama keluarganya.

ketam kipidap

Artikel Sebelum

Artikel Lain