Komander ESSCom Datuk Abdul Rashid Harun berkata pihaknya masih belum mengenal pasti individu terbabit.
"Suspek terlebih dahulu melepaskan dua das tembakan ke arah pasukan keselamatan kita. Kita tidak mengetahui siapa dan apa niat mereka.
"Tetapi mungkin niat tidak baik. Kenapa mereka harus menembak pasukan keselamatan," katanya kepada pemberita di sini.
Ia mendorong pihak PGA membalas tembakan yang membutkan pihak berkenaan melarikan diri dalam gelap.
Jarak bot suspek dengan pos kawalan PGA ialah antara 200 hingga 300 meter.
Sementara itu Timbalan Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Awang Sahari EM Nadzeer berkata pihaknya juga menyiasat kejadian itu.
"Kita akan membuka kertas siasatan," katanya.