suria

Pengawal Keselamatan Mengaku Tidak Bersalah Perdagang Budak Perempuan

JOHOR BARU: Seorang pengawal keselamatan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini  atas pertuduhan memperdagang seorang kanak-kanak perempuan sejak 2011 hingga 2013.

Jasrin Yakin, 27, dituduh memperdagang kanak-kanak terbabit dengan cara melakukan aktiviti buruh paksa di Jalan Jayamas 9, Taman Jaya Mas, di sini sejak 15 Jan 2011 hingga 17 Mei 2013.

Tertuduh yang berasal dari Sabah dituduh mengikut Seksyen 14 Akta Anti Pemerdagangan Orang dan Anti Penyeludupan Migran 2007 yang membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda maksimum RM500,000, jika sabit kesalahan.

Tiada jaminan ditawar terhadap tertuduh dan Hakim Mohamad Haldar Abd Aziz menetapkan 28 Julai ini untuk sebutan semula kes.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Norashikin Ibrahim manakala tertuduh tidak diwakili peguam.-- Bernama


Artikel Lain