Tindakan itu dilihat bakal melancarkan perjanjian perdagangan bebas yang diterajui AS bersama negara Asia Tenggara itu dan 11 negara lain.
Malaysia dinaik taraf ke dalam Senarai Pemerhatian Baris 2 sekali gus melenyapkan halangan utama kepada perjanjian global yang diusahakan oleh Presiden AS, Barack Obama.
Peningkatan itu susulan penelitian antarabangsa berhubung usaha Malaysia memerangi aktiviti penyeludupan manusia selepas penemuan beberapa kubur besar di kem-kem penyeludupan manusia di utara Malaysia, dekat sempadan Thailand.
Namun, sumber Kongres yang mengetahui keputusan itu memaklumkan kepada agensi berita Reuters bahawa Washington telah meluluskan status baharu tersebut.
Ia turut disahkan oleh sumber kedua yang arif berhubung perkara itu.
Sebelum ini, beberapa wakil rakyat dan kumpulan hak asasi manusia di AS menjangkakan Malaysia kekal pada tahap terendah senarai sama tahun ini.
Jabatan Negara AS dijangka mengeluarkan laporan penuh senarai berkenaan pada minggu hadapan.