suria

Pelajar Indonesia Ditemui Di Gunung Santubong

Gunung Santubong (gambar fail)
KUCHING: Seorang pelajar lelaki rakyat Indonesia yang tergelincir dan terjatuh ke dalam lubang di Gunung Santubong dekat sini petang Rabu, berjaya ditemui dan diselamatkan kira-kira sejam selepas itu.

Mahendra Suhartono, 17, penuntut di Swinburne University di sini diselamatkan pasukan penyelamat terdiri daripada polis, Jabatan Bomba dan Penyelamat dan Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM).

Menurut jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat, mangsa dijumpai pada jam 6.44 petang dan telah diserahkan kepada pihak medik JPAM sebelum dihantar ke Hospital Umum Sarawak.

Katanya, mangsa hanya mengalami seliuh di kakinya akibat tergelincir ketika menuruni Gunung Santubong.


Menurut jurucakap itu, Jabatan Bomba dan Penyelamat menerima panggilan kecemasan kira-kira jam 5.30 petang dan sepasukan anggota bomba dan penyelamat dari Balai Bomba Petra Jaya dikerahkan ke tempat kejadian untuk gerakan menyelamat mangsa bersama polis dan JPAM.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain