suria

Tiket Keretapi Menuju Ibu Kota Masih Ada - KTMB

KUALA LUMPUR: Masih terdapat tiket keretapi untuk perjalanan dari utara dan selatan menuju Kuala Lumpur selepas Aidilfitri, kata Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB).

Presiden KTMB, Lt Kol (B) Sarbini Tijan berkata masih terdapat 52,400 tiket KTM Intercity dan Perkhidmatan Keretapi Elektrik (ETS) yang boleh diperoleh di kaunter tiket atau menerusi dalam talian.

Daripada jumlah itu, masih terdapat 7,600 tiket KTM Intercity bagi perjalanan dari 18 hingga 27 Julai menuju Kuala Lumpur sementara bagi ETS, masih terdapat 44,800 tiket, katanya.

Beliau menasihatkan orang supaya mendapatkan tiket dengan segera.

KTMB pada Rabu mengedarkan 1,000 pek makanan kepada penumpang KTM Komuter, ETS dan KTM Intercity di KL Sentral, yang mahu pulang ke kampung.
KTM Intercity, ETS, KTMB

Artikel Lain