suria

Insiden Low Yat: 24 Dibebaskan, Tiga Masih Ditahan

Papagomo salah seorang yang masih ditahan bagi membantu siasatan insiden pergaduhan di Plaza Low Yat.

KUALA LUMPUR: Tiga individu masih ditahan manakala 24 lagi dibebaskan pada Rabu dengan jaminan polis, berikutan insiden pergaduhan dan rusuhan di Plaza Low Yat di sini, pada hujung minggu lepas.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur Datuk Zainuddin Ahmad berkata mereka yang masih ditahan ialah penulis blog Wan Mohd Azri Wan Deris yang dikenali sebagai Papagomo, aktivis Mohd Ali Baharom atau dikenali sebagi Ali Tinju serta Ketua Umno Bahagian Bagan, Pulau Pinang Datuk Dr Shaikh Hussein Mydin.

Mereka ditahan untuk membantu siasatan di bawah Akta Hasutan 1948, katanya ketika dihubungi di sini Rabu

Zainuddin berkata mereka yang dibebaskan termasuk empat jurujual telefon bimbit di plaza berkenaan serta perusuh yang terlibat dalam kejadian pergaduhan tu.

Insiden pergaduhan di Plaza Low Yat mula tercetus Sabtu lepas, didakwa berpunca akibat rasa tidak puas hati seorang remaja lelaki yang dituduh mencuri telefon bimbit di sebuah kedai telefon di situ.

Pengawal keselamatan di plaza itu bertindak menahan dan menyerahkan remaja terbabit kepada polis, menyebabkan beberapa rakannya bertindak memukul pekerjadan memecah barangan di kedai telefon itu pada hari sama. 

Keesokannya, dianggarkan lebih 100 individu dipercayai rakan remaja yang ditahan itu, berkumpul di hadapan plaza itu mulai 8 malam, sehingga berlakunyarusuhan yang berlarutan sehingga ke awal pagi.

Artikel Berikut

Artikel Lain