PETALING JAYA: Bekas pengarang Sarawak Tribune, Lester Melanyi mempunyai bukti hubungannya dengan pereka laman web untuk Sarawak Report, James Steward Stephen. Lester menunjukkan kepada The Star Online rakaman skrin emel bertarikh 3 Julai yang diterimanya daripada Stephen di mana ia dirujuk kepada pengarang Sarawak Report, Clare Rewcastle-Brown. Melanyi berkata, ia adalah komunikasi terakhir antara dia dengan Stephen. "Emel ini adalah bukti James (Steward Stephen) wujud," katanya. Emel itu turut menggunakan nombor telefon United Kingdom yang didakwa milik Stephen. Melanyi berkata, Stephen diperkenalkan kepadanya sebagai artis grafik dan emel itu adalah sebahagian jaringan awal antara mereka berdua. Beliau juga mendakwa, gambar Stephen tersalah letak pada video pendedahannya mengenai pemalsuan dokumen yang didalangi Sarawak Report.