suria

Kebanyakan Ibu Bapa Di Malaysia Pertimbang Pengajian Luar Negara

Lim Eng Seong
KUALA LUMPUR: Sejumlah 88 peratus daripada ibu bapa di Malaysia membuat pertimbangan menghantar anak mereka ke luar negara bagi melanjutkan pengajian di peringkat ijazah.

Ketua Perbankan Runcit dan Pengurusan Kekayaan HSBC Malaysia, Lim Eng Seong berkata peratusan ini adalah lebih tinggi berbanding peratusan purata global sebanyak 77 peratus.

"Ibu bapa sanggup berkorban untuk membiayai pendidikan anak-anak mereka, tetapi sering terdapat jurang antara harapan dan realiti," katanya pada majlis pelancaran laporan HSBC's Value of Education (Nilai Pendidikan HSBC) di sini.

Laporan global itu adalah yang kedua dalam siri 'Value of Education' dan mewakili pandangan 5,550 ibu bapa dari 16 buah negara dan wilayah.

Di Malaysia, hasil kajian adalah berdasarkan kepada kaji selidik kebangsaan terhadap wakil 350 ibu bapa yang mempunyai sekurang-kurangnya seorang anak yang pada masa kini berumur 23 tahun atau lebih muda yang akan menyambung pengajian.

Ibu bapa bertanggungjawab untuk membuat keputusan berkaitan pendidikan untuk anak mereka.

Kajian ini dijalankan dalam talian oleh Ipsos MORI pada Mac dan April, dan ditauliahkan oleh HSBC.

Artikel Lain