suria

Wanita Kerat Bayi Lapan Bahagian Dipenjara 12 Bulan

Mahkamah Majistret pada Khamis menjatuhkan hukuman penjara 12 bulan terhadap Farihah Abd. Aziz, 31, (kanan) selepas didapati bersalah menyembunyikan kelahiran bayi perempuan 6 Julai lalu. Foto BERNAMA

JITRA: Mahkamah Majistret di sini pada Khamis menjatuhkan hukuman penjara 12 bulan terhadap seorang wanita kerana menyembunyikan kelahiran seorang bayi dengan cara memotongnya kepada lapan bahagian, awal bulan ini.

Majistret, Nurshahida Abdul Rahim menjatuhkan hukuman itu selepas Farihah Abd Aziz, 31, mengaku bersalah terhadap pertuduhan itu.

Mengikut kertas pertuduhan, dia didakwa dengan sengaja menyembunyikan kelahiran seorang bayi dengan cara memotongnya kepada lapan bahagian dan membuangnya ke dalam lubang tandas.

Dia didakwa melakukan perbuatan itu antara 1 tengah hari hingga 3 petang pada 6 Julai lepas di dalam bilik mandi di sebuah rumah di Kampung Manggol, Mukim Malau Jitra, Kubang Pasu.

Bagi kesalahan itu, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 318 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman denda atau penjara tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya sekali.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Naizatul Zima Tajudin manakala tertuduh diwakili peguam Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK), Ummi Kalthum Zakaria.

Artikel Berikut

Artikel Lain