PETALING JAYA: Ahli Parlimen Seputeh Teresa Kok mendakwa seseorang telah menggunakan akaun Twitter beliau untuk menghantar mesej menghina. Katanya, beliau akan membuat laporan kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) berhubung perkara itu. Tweet itu menuduh Melayu menjadi perogol, perompak dan penculik, katanya di Twitter, Sabtu. "Saya tidak pernah menghantar mesej tweet seperti itu. "Saya berharap SKMM akan menyiasat aduan saya dengan serius," tambah beliau.