SERDANG: Kehadiran Tun Dr Mahathir Mohamad pada perhimpunan haram, Bersih 4 adalah tidak wajar bagi seorang negarawan, kata Datuk Abdul Rahman Dahlan. "Dia seorang individu pemarah. Apabila anda marah, anda tidak berfikir dengan lurus dan mengatakan perkara yang anda tidak maksudkan," katanya pada majlis pelancaran program pengasingan sisa pepejal di Taman Ekspo Pertanian Malaysia di sini, Selasa. Bekas Perdana Menteri itu membuat kemunculan pada perhimpunan Bersih 4 sebanyak dua kali iaitu pada Sabtu dan Ahad lalu. Beliau berkata kehadirannya bukan untuk menyokong Bersih 4 tetapi sebagai tanda solidariti bersama semua rakyat Malaysia.