suria

Penunggang Motosikal Lepas Tembakan, Ahli Perniagaan Nyaris Maut

KUALA LUMPUR: Seorang ahli perniagaan berusia 57 tahun nyaris maut apabila dua lelaki yang menunggang motosikal cuba membunuhnya dengan melepaskan tembakan dari jauh.

Dalam kejadian jam 1.30 tengah hari Rabu, mangsa dengan gelaran 'Datuk Seri' itu sedang dalam perjalanan dari Kajang ke pusat bandaraya apabila suspek bertopeng melepaskan beberapa das tembakan sebelum melarikan diri.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur Datuk Zainuddin Ahmad berkata, ahli perniagaan itu menaiki kenderaan jenis Toyota Vellfire bersama pengawal dan pemandunya berhampiran Bulatan Loke Yew apabila dia mendengar tembakan yang dilepaskan ke arah kenderaannya.


"Bimbangkan tentang nyawa dan keselamatannya, mangsa pergi ke Balai Polis Cheras untuk mendapatkan perlindungan.

"Apabila mereka tiba dan membuat pemeriksaan terhadap kenderaan itu, mereka mendapati lubang peluru di bahagian bumbung dan tingkap sebelah kiri penumpang," katanya.

Zainuddin berkata, mangsa mengalami kecederaan kecil disebabkan oleh kaca yang pecah.

Saksi mendakwa suspek melepaskan tembakan dari jalanraya berdekatan sebelum melarikan diri dan menuju ke Jalan Hang Tuah.

Kes itu disiasat sebagai cubaan membunuh.
tembakan, Datuk Zainuddin Ahmad

Artikel Lain