suria

Lorong Di Cheras Ditutup Mulai 30 Sept Hingga 2 Okt

- Gambar hiasan
KUALA LUMPUR: Penutupan lorong sepanjang 30 meter di Jalan Cheras akan dijalankan pada waktu malam untuk memudahkan kerja-kerja mengangkut bahan pembinaan untuk projek Mass Rapid Transit (MRT) Stesen Maluri.

Syarikat pereka dan pembinaan MRT, MMC Gamuda KVMRT Sdn Bhd berkata lorong itu yang terletak di hadapan AEON Maluri akan ditutup mulai 30 September hingga 2 Oktober, bermula 12 tengah malam hingga 5 pagi setiap hari.

"Penutupan itu adalah perlu untuk memudahkan memunggah bahan binaan ke Pintu Masuk A di tapak pembinaan stesen bawah tanah MRT Maluri."

Ia berkata pengguna jalan raya diminta mematuhi papan tanda arah dan syarikat itu juga turut mengerahkan Pasukan Tindakan Kecemasan Projek untuk membantu melancarkan trafik.

Untuk pertanyaan, orang ramai boleh mendapatkan maklumat di laman web MRT www.mymrt.com.my, Twitter dan halaman Facebook atau menghubungi talian hotline 1-800-82-6868.

penutupan jalan, MRT, Stesen Maluri

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain