suria

Budak Lelaki Tidak Bersekolah Ditemui Mati

GEORGE TOWN: Seorang kanak-kanak berusia 13 tahun ditemui mati di tingkat bawah blok kondominium di Jalan Mayang Pasir 3, Bayan Baru, di sini.

Mangsa, Lee Tu Xuan, yang tidak pernah ke sekolah diletakkan di bawah jagaan bapa dan ibu saudaranya sejak dia berusia 10 bulan.

Ibu bapanya yang bekerja di Lembah Klang dikatakan telah bergegas pulang ke Pulau Pinang selepas diberitahu mengenai kematian anak lelaki mereka itu.

Beberapa saudara-mara mangsa yang berada di bilik mayat Hospital Pulau Pinang untuk menuntut mayat Tu Xuan berada dalam keadaam terlalu tertekan untuk bercakap dengan pemberita.

Ketua Polis Daerah Balik Pulau, Supt Lai Fah Hin berkata kanak-kanak itu dipercayai terjatuh dari tingkat lapan kondominium itu.

"Dia tidak pernah ke sekolah," katanya.

"Apabila kita bertanya kepada bapa saudaranya, dia memberitahu kami bahawa kanak-kanak itu tidak berminat untuk ke sekolah."

Polis mengklasifikasikan kes tersebut sebagai mati mengejut.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain