suria

Muatan Paip Konkrit Jatuh, Lima Kenderaan Rosak

KUALA LUMPUR: Muatan batang paip konkrit yang dibawa sebuah lori terjatuh dan pecah di atas jalan di bawah jejambat di Kilometer 305.4 Lebuhraya Utara-Selatan dekat kawasan rehat Serdang menghala ke Kuala Lumpur pada Isnin.

Ketua Polis Daerah Serdang, Asisten Komisioner Razimi Ahmad, berkata lima kereta di belakang lori itu tidak sempat berhenti dan terlanggar konkrit yang jatuh itu.

Dalam kejadian pada kira-kira jam 6.45 pagi itu, batang paip itu terlanggar jejambat berkenaan akibat disusun melebihi had tinggi jejambat.

Muatan itu terburai dari ikatan lalu jatuh ke atas jalan.

"Bagaimanapun, tiada kemalangan jiwa dilaporkan manakala kesemua pemandu kereta terselamat dan hanya kenderaan mereka yang mengalami kerosakan," katanya.

Beliau berkata batang paip yang jatuh dan serpihan konkrit yang bertaburan di atas jalan sudah dibersihkan.
konkrit, jatuh

Artikel Lain